Pinjaman Peribadi Bank Yang Mudah Lulus & Kadar Faedah Rendah
Pilihan Terbaik Anda untuk Pinjaman Pantas
Sama ada anda ingin membayar kos perubatan keluarga, merancang pengubahsuaian rumah, atau sekadar memerlukan sokongan kewangan, Bluebricks menjadikan pinjaman sesuatu yang mudah dan bebas stres! Kami percaya bahawa mendapatkan pinjaman peribadi sepatutnya mudah, cepat, dan berpatutan, tanpa masalah yang biasanya berlaku dengan bank dan institusi pinjaman tradisional.
Pinjaman Peribadi Bank Yang Mudah Lulus & Kadar Faedah Rendah
Di Bluebricks, kami memahami bahawa masa itu emas ketika mencari pinjaman peribadi. Oleh itu, kami komited untuk memperkemaskan proses permohonan pinjaman peribadi anda, dengan memastikan pinjaman peribadi bank yang mudah lulus dan kadar faedah rendah.
Pakar pinjaman peribadi kami berusaha untuk meningkatkan peluang kelulusan anda, asalkan anda mempunyai rekod kewangan yang baik dan dokumen yang lengkap. Walaupun anda mempunyai tanggungan kewangan yang tinggi (contohnya pinjaman kereta, pinjaman peribadi, PTPTN, bil kad kredit, dan pinjaman perumahan), kami boleh membantu.
Kami juga dapat membantu individu dengan rekod kredit buruk, termasuk anda yang menyertai program oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Namun begitu, ia mungkin sukar untuk anda mendapatkan kelulusan kerana pemberi pinjaman akan bimbang tentang kemampuan anda untuk membuat pembayaran. Bagaimanapun, kami menilai setiap permohonan dengan teliti secara individu untuk menghasilkan penyelesaian yang membantu anda mencapai matlamat kewangan anda.
Tempoh untuk Anda Menerima Pinjaman Peribadi
Proses Pengeluaran Pinjaman Kami
Sebab Permohonan Pinjaman Peribadi Anda Ditolak
Bank memiliki kriteria sendiri untuk setiap permohonan pinjaman, dan salah satunya adalah memiliki pekerjaan. Hal ini demikian kerana, pendapatan anda menunjukkan sama ada anda mampu untuk membayar balik pinjaman tersebut.
Jika anda gagal membuktikan bahawa anda bekerja atau menghasilkan pendapatan yang mencukupi untuk membayar balik pinjaman, bank akan secara automatik menolak permohonan pinjaman anda.
Walaupun anda telah membuktikan bahawa anda bekerja, sebarang perubahan kepada pendapatan anda juga boleh mempengaruhi permohonan pinjaman peribadi anda di Malaysia. Contohnya, meskipun skor kredit anda tidak menunjukkan tahap pendapatan semasa anda, bank akan memerlukan anda untuk mendedahkan maklumat tersebut untuk penilaian lanjut. Permohonan anda akan ditolak jika gaji anda tidak memenuhi keperluan bank.
Bank akan mengakses rekod kewangan anda dan menilai skor CCRIS dan CTOS anda, dengan mengambil kira transaksi lewat atau tertunggak serta baki bulanan anda yang tinggal. Maklumat ini akan digunakan untuk menilai risiko kredit anda dan menentukan sama ada anda merupakan peminjam yang boleh dipercayai.
Sebahagian daripada kita mungkin tidak memiliki kad kredit atau komitmen kewangan yang lain kerana terlalu khawatir untuk berbelanja. Namun begitu, perkara ini tidak membantu ketika memohon pinjaman peribadi di Malaysia. Hal ini demikian kerana, bank tidak memiliki maklumat yang mencukupi untuk memutuskan sama ada anda adalah seorang pembayar yang baik atau sebaliknya.
Mengapa Bluebricks?
Broker/Syarikat Pinjaman Peribadi Berlesen di Malaysia
Pengalaman 10 Tahun
Penyelesaian Sehenti
Kami menyediakan perkhidmatan kolateral yang menyeluruh dan bertindak sebagai penyedia penyelesaian kewangan sehenti. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memberikan kami dokumen yang berkaitan, seperti penyata pendapatan, aset dan liabiliti, rekod pekerjaan, dan sejarah kredit. Kami akan menyediakan dan mengemukakan kolateral dan dokumen anda kepada pemberi pinjaman pilihan anda untuk kelulusan.
Pinjaman Peribadi– Soalan Lazim
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan jumlah pinjaman peribadi yang lebih tinggi:
- Mengekalkan Skor Kredit Yang Tinggi
Lakukan pembayaran tepat pada masanya untuk hutang sedia ada, elakkan melebihi had kad kredit, dan pastikan penggunaan kredit anda rendah.
Walau bagaimanapun, masih ada kemungkinan permohonan pinjaman anda ditolak meskipun anda mempunyai skor kredit baik. Tetapi jangan putus asa!
Pasukan kami mempunyai pengalaman bekerja dengan pelanggan yang menghadapi cabaran yang sama, dan kami akan meneroka pilihan alternatif untuk membantu anda mendapatkan pembiayaan yang anda perlukan.
- Meningkatkan Pendapatan Anda
Lakukan pekerjaan tambahan atau rundingkan kenaikan gaji untuk pekerjaan semasa anda.
- Memilih Tempoh Pinjaman yang Lebih Lama
Dengan tempoh pinjaman yang lebih lama, anda dapat menikmati bayaran bulanan yang lebih rendah, seterusnya menjadikan pinjaman tersebut lebih berpatutan. Namun, ingatlah bahawa hal ini juga akan meningkatkan kos faedah keseluruhan.
- Berunding dengan Pakar Sebelum Memohon Pelbagai Pinjaman Secara Serentak
Anda mungkin tidak sedar, tetapi setiap pertanyaan kredit ke fail anda boleh memberi kesan negatif kepada skor kredit anda dan membuat pemberi pinjaman enggan meluluskan permohonan anda. Maka, anda sewajarnya berunding dengan agensi pinjaman seperti Bluebricks sebelum mengambil pendekatan ini.
Jumlah pinjaman peribadi maksimum yang boleh dipinjam oleh individu di Malaysia bergantung kepada beberapa faktor, seperti pendapatan, skor kredit, dan keupayaan untuk membayar balik pinjaman.
Secara umum, bank-bank dan institusi kewangan menawarkan pinjaman peribadi di antara RM1,000 hingga RM250,000 di Malaysia.
Pada masa kecemasan, pinjaman peribadi menyediakan penyelesaian yang ideal kerana proses kelulusannya yang cepat dan mudah, terma pembayaran yang fleksibel, dan kadar faedah yang rendah.
Selain itu, pinjaman peribadi mempunyai kadar faedah yang lebih rendah dan keperluan kredit yang lebih longgar berbanding pilihan pinjaman yang lain seperti kad kredit.
Akhir sekali, dengan tempoh pembayaran antara satu hingga sepuluh tahun, peminjam dapat membayar balik pinjaman dengan cepat atau membayar balik pinjaman dalam tempoh jangka panjang.